tarikh : 14 nov 2009
hari : sabtu
pagi tu dapat jemputan.ada kenduri.ustazah farhana ajak.pelik.cakap dengan ustazah pon tak pernah.tiba2 jemput?katanya nak kenal2.maklumlah, si kakak anak murid(kelas tasmi' ) ustazah.jadi si ustazah nak jumpa dengan anak murid punya adik.okey, bila ajak, kita suka :)
pagi tu suka ceria.makan pon sedap.sempat lagi main2 dengan anak ustaz bakri.syafiqah tak habis2 kacau anak ustaz.comel sangat, sape suruh?
siap semua, balik DQ(balik mana lagi?)..petang tu baru teringat.modal untuk hari isnin takde lagi.rancang siap2, amek kertas, tulis, malam punya agenda : MODAL-carik lepas solat maghrib.
tiptuptap.malam pon datang.
lepas solat maghrib, mula carik modal.baru hafal tak sampai setengah muka, tiba2 dapat sms..dari K.CHOnew..
" alfatihah buat arwah andi akmal, sem 2, sykbh hds yg telah kembali ke rahmatullah dalam kejadian xcdn pd pukul 4 ptg td..moga Allah mencurahkan rahmat dan keampunan kepada RUH beliau dan kita & mengurniakan syurga yg diidam2kan setiap mukmin.ameen "
tersentak(er, takkan lah nak bertenang kot).dalam dok gembira siang tadinya, tak sangka ada pelajar DQ yang meninggal dunia.nak kata sedih, memang ya.sampaikan mood terus takde nak habiskan modal.berhenti takat tu je.
nak kata sedih, tapi nangis tak jugak.sebab tak kenal pon yang mana satu andi akmal.walaupon satu sem, tapi tak kenal jugak.kalau pernah jumpa pon, tak pernah tau banin tu ialah andi akmal.masa tu yang mampu buat ialah doa.moga2 tergolong dalam golongan yang dirahmati.
bila keluar daripada bilik je, semua dok cakap perkara yang satu.
andi.andi.andi.
bila berita tentang pemergian seorang pelajar DQ, mana tak hebohnya.lagi2 sesama ahli sem.tiba2 datang kawan.tanya samada kenal atau tak si andi.." tak "..lama2 kawan gambarkan ciri2 si andi..ya Allah..masa tu memang tak percaya, kenal jugak sape si andi tu.nak sedih2..tapi.." nt, dia dah takda dah "..
bukan niat nak membangkit2kan tentang pemergian seorang penuntut di DQ.cuma pemergian beliau, memberikan satu sumbangan yang besar(ana kira)kepada penuntut2 yang lain(ana kira juga..)khususnya di DQ, khususnya ahli sem sendiri.
seperti awalnya, tidaklah ana begitu mengenali siapa sebenar insan bernama andi akmal.begitu juga dengan sahabat2 ana yang lain.cuma tertarik dengan rentetan sejarah hidup beliau..yang mana cukup terkesan hingga sekarang buat diri ana, khususnya.
mendengar kisah dari Ustaz Najib sendiri..
ketika hayatnya, andi akmal merupakan seorang yang rajin mengerjakan solat sunat sebelum tidur.tiap2 malamnya dihiasi dengan tahajud.sehingga kadang2 tertidur dalam kelas tasmi'(ini cerita Ustaz Rauf pulak).satu hari ustaz tanya pada si andi akmal, kenapa selalu sangat tertidur dalam kelas.jawapannya, bangun malam.
bila ustaz dapat berita tentang kejadian yang meragut nyawa andi akmal, Ustaz Rauf membuat kesimpulan.dalam kejadian, yang memandu kereta ialah andi akmal.bayangkan perjalanan yang memakan masa berjam2(ketika itu beliau hendak ke kenduri saudara terdekat)dari kl-johor atau sebaliknya, sudah semestinya rasa mengantok akan menghinggap(?)diri, tambah2 lagi beliau merupakan seorang yang sentiasa bangun malam untuk bertahajud, dek kerana mengantok yang syadid, akhirnya, berlakulah kemalangan..
haish..tak reti nak gambarkan macam mana.tapi alkisahnya begitulah.
lagi dari Ustaz Sauki, ketika ustaz melihat arwah andi sebelum dikebumikan, wajahnya jelas terpancar sebagai seorang yang rajin bertahajud.suci.
kisah andi akmal tiba2 mengingatkan ana tentang beberapa perkara
1-sempat ke nak hafal 30 juzuk?kalau sempat pon, masa tu masyi tak?kalau masyi pon masa tu, amalkan tak isi2 dalam AQ?
2-sempat ke nak baiki amalan2?
3-sempat ke tengok zaman islam kembali gemilang?
4-kematian memang tak dapat nak dijangkakan.
dan yang paling penting sekali
|||
pentingnya TAHAJUD |||
terima kasih buat andi akmal.bagi ana, pemergiannya tidak sia2.banyak menyedarkan orang2 di sekeliling akan pentingnya amalan2 sunat yang kian dilupakan oleh sekalian umat.terima kasih juga buat andi akmal.pemergiannya membuatkan ana lebih menghargai DQ(masa tu takde rasa pape kat sana.kosong jiwa.dek satu kejadian.tarbiyah dari Tuhan).entah kenapa, agak2nya, mungkin di DQ lah tempat terakhir yang mendamaikan sebelum menjejakkan kaki ke luar yang lebih mencabar.
alfatihah buat mereka di sana.

" ..dia pergi memberi kesan pada mereka yang masih bernafas di muka bumi.dan aku tertanya2 lagi, jika satu hari nanti, aku pula yang pergi, apakah pemergianku akan membawa erti atau sekadar pergi mengecap tradisi.."* termotivasi sebentar!