Salam.
Haritu, ada kawan lama mesej~ cerita masalah milik sendiri. tanya apa patut buat segala. Dan saya, cuba untuk menjadi pendengar yang setia ( ke pembaca? )..ouh ya.. masalah ‘dia’ sekitar masalah hati.
Hati? =)
Nak dipendekkan cerita, kawan saya yang sorang ni ada berhubung dengan seorang lelaki. Muda setahun~ mula2 beradik berangkat. Lama2, perasaan ‘cinta’ mula datang tanpa diundang.
Hm~ Sehebat mana pon kita kalau nak ‘halal’ kan hubungan tu dengan status ala2 darah daging, hebat lagi fitrah antara lelaki dan perempuan tu datang(Cinta-lah). Mula2 sayang, lama2..~ Hebat, menyentap perasaan. Lagi2 bila masing2 mengajak kepada kebaikan : tahajud, solat dhuha dll
Bila kawan saya mula meluahkan perasaan, dengan harapan, si lelaki tu turut menyimpan perasaan yang sama, dan seterusnya datang untuk berjumpa dengan ibubapa....lain pulak jadinya~ si lelaki enggan. Hm~~~~~~~~arjuna arjuna (geleng kepala)
Sedihlah si kawan ni. Sedih yang melampau. Saya pun turut terikut beremosi. Cuma tak zahirkan saja. Lelaki... hm~~ tak semua la kan?
Kawan ni mati2 nak lelaki tu jadi imam dalam hidup dia. Tapi...~~~ haii...
Panjang, panjang cerita sebenarnya... saya sendiri, mengambil masa 2 hari untuk berfikir seterusnya menyelesaikan masalah kawan saya yang satu ni. kawan lama, semestinya kawan yang saya sayangi. Seboleh mungkin saya cuba untuk menenangkan si dia. Walaupun saya akui, saya taklah pro dalam bab2 ni.. tapi secuba mungkin meletakkan diri di kondisi beliau.
Settle~ dia pun akhirnya dapat terima si lelaki tu bukan untuk dia. Cuba belajar untuk terima. Mari sama2 doakan =)
~~~~~
Sekarang umur masing2 pon dah meningkat.. masuk ke alam 20-an. Wah, sikit je lagi ke gerbang perkahwinan. Eh? Kalau ada jodoh, ada-lah. Tersenyum sejenak bila terfikir gelagat dan karenah kawan2 dalam kuliah FIqh Manhajiyyy ( sebutan sheikh arab ) ~~ fuh, segar2 semua. Yela..benda fitrah =)
Umur2 macamni jugak la, kalau ada masa kosong sikit je, mula berbicara tentang hati dan perasaan (ayatttttt..) kalau bukan masalah hati, bercakap tentang target umur nak kahwin nanti, tak pon..sembang tentang ciri2 suami idaman..
ada yang nak pakai spec,
ada yang nak jalan segak memanjang,
ada yang nak kaki sukan (nampak smart gitu..kata mereka-lah),
ada yang nak masyi alquran,
ada yang nak solat subuh berjemaah di masjid...
ada yang nak...macam-macam-macam-macam~~~~
lain orang, lain la pandangan dan sudut deminsi yang dilihat.
Saya sendiri pernah ditanya tentang ciri2 suami idaman. Fuh..~~~ ciri2 dia? Hm, selalunya kalau kita nak ciri2 tu, selalu kontra dengan apa yang kita dapat akhirnya. Kan? Ikut pengalaman lah. Dan insya allah itulah yang terbaik. Insya allah~~~ tapi selagi diri tak berpunya, ciri2 tu tetap diperhatikan. Mana tau kalau dapat ke.. doa doa =) ~~~~
Erk, melalut tempat lain pulak..haihh fokusss~~!
Sebenarnya apa yang saya cuba nak sampaikan kat sini, pasal bertunang sebenarnya. Heh, jauh menyimpang kat atas2 tu. Selingan~ tak kesah la kalau ada orang cakap..
“tak ada istilah bertunang sebenarnya, tapi khitbah”
Bagi saya, istilah bertunang tu sendiri pada adat kebiasaannya difahami. Walaupon tanpa majlis. Tak salah pon nak guna pakai istilah ni ( kalau salah, betulkan )
Ramai kawan saya yang dah bertunang. Kawan lama, kawan baru, kawan yang sedia ada... alhamdulillah~ moga diijab kabulkan jugak akhirnya nanti. Amen =)
Cumanya..agak sedih bila diperhatikan...bila mana hubungan yang tak ‘halal’ tu lagi disalah guna-pakaikan~~ bergayut malam2, main merajuk2, kata2 manis diluahkan.. tapi berlapikkan ciri2 keislaman. Erkkk, kreatif2~~~~
Sebab tu lah kalau boleh, bertunang jangan lama2.. lagi2 bila sampai bertahun2.. dalam tempoh masa tu, macam2 boleh terjadi. dan SIR itu perlu. jangan menjaja cerita berbangga bila diri dah berpunya. benda tak pasti, hati2~ Syaitan kan kreatif~
Kalau tak lama pon tempohnya, batas2 pergaulan masih perlu dijaga. Bukan main semberono (betul ke ejaan?) sembang2 gelak ketawa macam dah sah ikatan yang sedia ada~ hm~~~
Masing2 pon mengidamkan keluarga yang sakinah, mawaddah wa rahmah~ makanya, dari yang asas lagi perlu dijaga. Asasnya? Dari sebelum kahwin lagi-lah. Bayangkan kalau asasnya lagi tak dijaga, macamana nanti dengan mahligai yang akan dibina. Analogi sebuah rumah, yang bawahnya tak kukuh, akan roboh la bila2 masa.
Syaitan kreatif, wallahi~!
Mula2 dikaburkan pandangan kita dengan etika2 yang berlawanan dengan syarak, bila dah berjaya nanti..masuk ke gerbang perkahwinan, diusahakannya pulak sehabis tenaga untuk meretakkan hubungan yang pada masa tu dah pon sah~~~ sebab tu kes cerai sekarang nie banyak. Hm~~
Hati, kenalah pandu ke arah yang betul~ hati ada satu je. Satu tu la yang kita kena jaga. Rosak hati, rosak lah lain2~~ nauzubillah..
Ouh ya..buat pencinta dakwah, yang baginya..dakwah adalah darah daging dalam dirinya.. yang mana kalau dakwah tu dicabut dalam hatinya, seakan2 nyawanya turut tercabut melayang...
Nasihat saya...
Kahwinilah juga mereka2 yang membuat kerja dakwah. Bait Muslim ! Khusus untuk wanita. Sebabnya.. masa depan, kita tak tau. Kita perempuan, kuasa di tangan agak terbatas (Allah tetap maha Adil ^_^ ) ... lain dengan lelaki~~~
Bayangkan kalau kita berkahwin dengan lelaki yang tidak ikut mana2 haraki.. bila kita nak keluar buat kerja dakwah, berusrah..tak dibagi, tak ke sedih diri~ sedih? Ye..sebab dakwah tu dah jadi darah daging.. kalau tak ada, rasa macam disentap2 je jiwa... macamana pulak kalau lelaki tu tak ada haraki, tapi bagi je kita beraktiviti? Haa..tu takpelah. Saya tak kata semua. Cuma, ikut pengalaman senior2 yang berkahwin dengan lelaki yang tak ada haraki, dah kurang beraktivis~ sedihh..kan seronok kalau suami dan isteri masing2 beraktiviti..turun pada masyarakat =)
Maka, berbait muslim-LAH~ ( seruan yang serius mungkin.hehe )
*sebenarnya tak layak pon nak cakap sal benda2 ni..kecik lagi.bawah umur.
Buat sahabat dan diri, kalau masih single lagi, jangan risau-LAH. Jom yakin dan percaya pada Ilahi. Bila dah sampai masa, alhamdulillah.. kalau tak ada(mana tau tak sempat kahwin dah mati...), mungkin itu yang terbaik.(ouh sedih bunyinyee) Optimis~! Yang penting, diri kena jaga. Batas2 perlu diperhatikan. Masing2 pon bercita2 nak dapat anak2 yang soleh dan solehah nanti.Maka penjagaan diri perlu dilakukan daripada sekarang. Pandangan perlu ditundukkan~
Bagi sesiapa yang akan berkahwin, jangan lupa jemput. Dah lama tak makan nasi minyak. =)
~~~~~
SEM 5 sudahh..
sekarang semua pon tengah sibuk dengan tesis. bak kata Ust Yusri, pelajar sem 5 kali ni semua semangat2, sampai pensyarah pon terpaksa ikut rentak yang sama. Alhamdulillah, moga yang terbaik. Lagi setahun kat DQ. buat yang terbaikkkk~~~!
video selingan~~~rindu Rasulullah tak?
Sunday, June 19, 2011
cinta.EH?
Posted by
|makhlukDIA|
Sunday, June 19, 2011
- Anonymous June 19, 2011 2:31 PM
-
Salam 'Afifah!!Syookran sgt2 memuhasabah diri utk masa depan nnt ^__^!!Kita..Maryam and Fadhlin tak sbr nak makan nasik minyak 'afifah nie..jgn lupa jemput..nnt kiteorg nak tempah tiket balik Msia Awal2 ;) hihi..Uhibbukifillah ya ukhtee :)
-farahR Egypt ^__^- - Anonymous June 19, 2011 9:59 PM
-
amboi pipot.sembang kencang skerang.mantap2.bangga ada kawan mcm kau.tapi betul la..mmg takle dinafikan..tiada istilah tunang.cume khitbah..tapi bila term khitbah diguna pakai..macam-macamla org kampung mula pikir...dia ni mazhab mana pulak ni..dia ni dah mengandung ke nk cpat-cpat ni n sbagainya..dan sebagainya...
- |makhlukDIA| June 20, 2011 11:49 AM
-
haanazak - syukran ukht =)
farah - afwan =) ana pon x sabar nak makan nasi minyak korang ni hah..kite tgk sape dulu ye ^_^ uhibbukifillah juge~~
anonymous - kencang?saje ikut arus ^_^ tunang tu pada adat org faham.khitbah, kbykn yg blaja agama ni tau la.3ala kulli hal, syukran =) - almuqaddasah June 21, 2011 3:38 AM
-
oyt,duduk dq jangan gatal2 eh:p
sila kongsi apa2 cerita hangat anda.btw,org kol,nape tak angkat2.busy eh kakak2 sem5?:P - |makhlukDIA| June 21, 2011 10:44 AM
-
maryam - wahwah...nasihat ke nie?hehe.nt pon yahh
sori hrtu bukan x angkat.terpakse x angkat.sbb mase tu nk kuar rumah dah.hp pulak masalah.tp skang dah ok dah.bole la kol =) - iraizati =_= June 25, 2011 11:25 AM
-
betol tu,
bak kate kawan ana,
" cinta itu adalah fitrah,dimana ianya tidak boleh disekat ttp perlu dikawal, & yang penting jangan terikut sangat fitrah yang didorong nafsu, "
ape-ape pon ana doakan kita semua akan dapat jodoh yang soleh [ hehe, khas untuk kaum hawa]
JADI SOLEHAH KALAU NAK SOLEH, simple ? =__= - Anonymous July 2, 2011 9:34 AM
-
affa,cun ayat nti..da matang rupenye sahabat ana sorang nie..=)
pengisian yg sangat ^_^..hehe
couple is trouble
marriage is heaven!!! hahaha
-fyma- - |makhlukDIA| July 24, 2011 10:00 AM
-
irazati - simple =) insha allah. yakin dgn janji Allah
fyma - cun lagi ayat2 nt =D
sensei - blaja x habis lagi
About Me
- |makhlukDIA|
- 'afifah. alaminKLumpur[98-03] alaminGombak[04-08] hidayahIpoh[stam-09] darulquranSelangor[09-12].cuba hidup sebaiknya.
Variasi
tetap | makhlukDIA | ~
Berblog?
SATU perkongsian
SATU peringatan
.....yang pasti.....
bukan diari kehidupan
untuk dijadikan tatapan
"ALLAH..permudahkan"
Usha-Usha
-
Al-Rasul Sebagai Pendidik2 days ago
-
-
-
Assalamualaikum sahabat...5 months ago
-
Perfect Look With Vintage Sunglasses7 months ago
-
Novel Takdir: Cheritera 101 year ago
-
-
Mati Sebelum Meninggal2 years ago
-
-
-
-
Murabbi~
-
Jumpaan yang merisaukan Vatican….2 days ago
-
-
-
Hanya Tiga Pilihan.4 weeks ago
-
Darul Quran
-
-
-
the value : I learned1 month ago
-
Ikhtilat..7 months ago
-
-
WILDAN Setia Seorang Isteri11 months ago
-
BURN QURAN DAY!! 11 September 20101 year ago
-
STAM 09~
-
Mengasah Bakat2 weeks ago
-
Juzuk ke-22 weeks ago
-
Menghargai Nikmat1 month ago
-
-
20 Tahun dalam Kenangan6 months ago
-
ikhlas itu rahsia.7 months ago
-
Cerpen Islami!1 year ago
-
Terkini1 year ago
-
Bila hilang haus dari dada1 year ago
-
sekadar pandangan2 years ago
-
Mentor
-
-
-
-
Gigi5 months ago
-
Bila kita Cuti?8 months ago
-
Maulidur Rasul: Pelik Tetapi Bermakna2 years ago
Caliph14
-
-
Tunggangan baru, Alhamdulillah.3 days ago
-
oiii..tak lama lagi oi..6 months ago
-
tkde keje :P7 months ago
-
-
Rezeki Ramadhan?1 year ago
-
WALIMATUL URUS1 year ago
-
-
Senioritas~
-
Sometimes the Journey...2 days ago
-
I , II , III3 days ago
-
Daun Kering4 days ago
-
sensitivity4 weeks ago
-
FILEM KITA ATAU SKRIP MASYARAKAT2 months ago
-
Goodbye.3 months ago
-
Moga Al-Quran terus bertakhta di hatiku7 months ago
-
j.u.a.n.g9 months ago
-
tukar9 months ago
-
-
goodbye1 year ago
Juniorinas~
-
-
shy to be shy4 weeks ago
-
biasa1 month ago
-
SPEECHLESS SUNDAY6 months ago
-
-
Pindah2 years ago
-










:)
Kongsi- http://saifulislam.com/9815