Permulaan Islam itu adalah dagang dan asing, bahkan ia akan kembali asing. Baginda saw bersabda :

بداء الإسلام غريبا فسيعود غريبا كما بداء فطوبى للغرباء

Maksudnya : Islam mula tersebar dalam keadaan dagang ( asing) , dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing. ( Hadith Riwayat Muslim)

Islam itu dagang~

saya cuba kecilkan skop~buat mereka yang pernah mempelajari Islam itu bagaimana suatu masa dahulu.perempuan amnya.khususnya buat diri saya~

bagi saya..yang dikatakan ghuraba itu...apabila

1)tudung dilabuhkan.bukan setakat cukup2 makan.apatah lagi jika disingkat2kan.cuba bilang, jika anda keluar ke mana2, berapa ramaikah perempuan yang memakai tudung melepasi syarat2 yang Islam gariskan?



2)baju dilonggarkan.sayang bagi sesetengah perempuan, apabila tudung sudah dilabuhkan, tiba2 baju sengaja diketat2kan.terutama di bahagian pinggang.demi sebuah kepuasan, tak mengapa bagi mereka?

3)stokin dipakaikan.memang tak dinafikan terdapat khilaf di bahagian sini.diberikan sedikit kelonggaran, jika dilihat di sesuatu tempat.tapi kalau keluar jalan jauh, shopping2, pergi makan, jumpa kawan, datang kelas...mana stokinnya?kita bermazhab syafie~

4)malu masih menebal.apabila suara dijaga.kuat perlahannya.gelak sopannya.gaya tingkahlakunya.tidak semborono saja.redahhh tak ingat dunia.dan semestinya malu itu bertempat.bergambar dengan lain jantina?tak apa bagi saya.tengok tempatlah.tapi janganlah berdua.tarik masuk yang sama jantina 3 atau 4 orang yang lain.

5)pandangan ditundukkan.yang ni payahhh,kan?lagi2 kita dianugerahkan fitrah untuk menyukai lain jantina.perempuannya teruja bila nampak lelaki handsome, yang smart2, pakai kot, jalan segak segala, sekali senyum cairrr..fuhhh~!itu perempuan.kalau lelaki, lebih kurang sama.tapi itulah, jika kita lawan nafsu untuk melihat, satu kepuasan iman akan diperolehi.er, tak tahu nak describe macamana kepuasan tu.try sendiri la :)

dan lain2 lagi..banyak.tapi, cukup yang ni saya tekankan.ghuraba'..secara jujurnya, saya agak sedih bila melihat segelintir mereka yang faham akan hukum-hakam Islam, mula mempermain2kan hukum Tuhan ni.bukan tak faham, bukan tak tahu, tapi sengaja ikut nafsu.

dan jika dulu, apabila saya melihat rakan2 sendiri begitu, saya masih boleh mendiamkan diri.pada saya, mereka diuji.ujian mereka maha dashat, hingga mampu mengubah pendirian yang mereka pegang ketat selama ni.tapi bila keluar kepada masyarakat, jumpa dan bergaul dengan manusia yang bermacam2 karenah tu, tup-tap, terus berubah.dan saya cukup kagum dengan sesetengahnya.yang masih berjuang bermati2an mempertahankan maruah, kehendak Islam itu sendiri.

dan saya tahu, ada yang berkata, " tak apa lah dia berkata itu ini, dia tak diuji!duduk pon dalam kelompok islamik lagi.." mungkin ada benarnya.pada saya, selagi saya masih punya kesedaran, inilah tugas saya, menyampaikan dan membetulkan apa-apa yang salah..jika satu hari nanti saya berubah (nauzubillah) moga ada yang sudi meluruskan saya, cuba ingatkan saya bahawa saya masih ada Tuhan yang perlu disembah dan perlu untuk ikut segala perintah..

berapa banyak penganut Islam itu sendiri yang ghuraba'?jangan kata nak hidupkan khilafah, jika hal2 sebegini masih belum selesai dalam kalangan penganutnya sendiri.

فطوبى للغرباء
... ^_^