cuti selama seminggu.alhamdulillah..punyalah semangat nak balik rumah masa tu.yela, DQ sebulan sekali je dapat balik.jadi bila dapat cuti tu, NIKMATTTT!
ada hari2 terisi.ada hari2 dibiarkan pergi~dan semestinya hari2 yang terisi, penuh ibrah dan manfaat diperolehi.
cuti-isi-1
Maryam semangat2 telefon hari2 sebelumnya.ajak g KUIS.(mereka yang berada di bawah tajaan JAIS berkursus di KUIS sebelum meneruskan pengajian di Mesir nanti).sebabnya ada konsert di sana.katanya lagi, kalau tak jumpa di KUIS, bila lagi nak berjumpa..(haihh, rindu jugak si minah ni kat kita.hehe)tanpa cakap banyak, terus saya setuju selepas mendapat keizinan daripada ibu bapa.janji dengan 'Atiqah, jumpa di sana sini.akhirnya sampai di KUIS~
entah mengapa.memang hati saya sangat2 suka dan cinta setiap kali berjumpa dengan mereka.mereka2 yang saya kasihi, semuanya akan ke Mesir nanti :( tinggal la saya sorang2 kat sini.ouh, tapi itu tak mengapa.saya pon insyallah akan ke sana jugak satu hari nanti, jika diizinkan Allah.optimis!doa.doa. :) masih ada tanggungjawab besar yang perlu saya penuhi sebelum terbang ke mana2.Allah tetap sebaik2 perancang~
konsert yang menggabungkan 6 artis tempatan.hebat2 belaka semuanya.tapi itu bukanlah fokusnya.konsert hanyalah satu wasilah untuk menyedarkan masyarakat tentang isu2 di luar sana melalui pendekatan hiburan mendidik jiwa.dan semestinya isu Palestin, (isu dulu, kini selamanya) terus dijadikan perhatian dan pilihan.moga2 yang datang ketika itu bukan sahaja datang untuk menghiburkan hati semata2, tapi lebih kepada menjiwai nasib mereka2 yang berada di sana.ouh ya..apa khabar saudara2 seislamku di sana?penat siang malam berjuang.ada rehatkah untuk kamu semua?..dan..apa khabar saudara seislamku di sini?mana semangat keamanan dan keadilan yang dilaung2kan ketika dijentik baru2 ni?habis diam semula?
cuti-isi-2
setelah sekian lama tak datang ziarah alamin, akhirnya dapat juga jejakkan kaki ke sana.janji dengan fahima dan syafiqah.lepas semua berkumpul, mula gerak.jumpa sorang2 guru yang dikenali.tanya khabar, salam2, tanya perkembangan~
dan..siapa kata bila kita dah keluar sekolah tak akan kena brainwash dengan guru2 lagi?
heh, saya dan fahima kena.dengan cikgu syima lagi.dush dushhh!
pada awalnya, kami hanya sembang2 biasa.lama2, mula cikgu mencucuk2 kami.
cikgu : nanti dah habis belajar buat apa?kerja la kat alamin ni.jadi cikgu.
kami : hehe, lepas ni insyallah nak sambung belajar lagi.
cikgu : hah, lepas tu jadi cikgu kat sini la.
kami : erk, tengok la dulu.insyallah.
cikgu : ala, cakap je la tak nak jadi cikgu.kerja cikgu ni apa la sangat.kerja2 lain lagi hebat.
kami : ehhh tak2.bagus jadi cikgu ni.cuma, kami ada cita2 sendiri.cikgu doakan la yang terbaik ye.
cikgu : jadi cikgu la yang terbaik.hah, kerja kat alamin nanti.sapa lagi nak teruskan perjuangan kat sini.daripada sekolah la kite kena didik generasi, suapkan dengan tarbiyah.siapa lagi nak teruskan perjuangan kat sekolah ni melainkan kamu?kamu faham benda2 ni.penting orang2 yang faham, pegang amanah ni.
kami : insyallah.doakan yang terbaik :)
cikgu : tengok2, tak nak la tu.yela, carik la kerja yang hebat2 kat luar sana.siapa la nak jadi cikgu ni~
kami : erkk..!
ziarah kali ni, benar2 menganggu jiwa saya, sejujurnya.ada benar juga kata cikgu syima tu.macam tiba2 nak jadi seorang guru la pulak...siapa kata seorang guru itu, peranannya biasa2 saja?mencontohi perjuangan AsSyahid Imam Hassan AlBanna, Omar Mokhtar hatta Rasulullah sendiri, mereka semua merupakan seorang guru.Guru2 yang berjaya merubah dunia dengan tarbiyah, dakwah dan perjuangan.Betapa hebatnya roh yang ditiupkan oleh seorang guru, mampu menaikkan semangat2 anak muridnya untuk terus bangkit mempertahankan agama.
pernah masa saya jadi guru sementara di sekolah ( cikgu asal ada meeting, suruh jaga kelas kejap ).. ada pelajar buat bising kat belakang.marah2, tak lut~lama2, halau budak2 keluar kelas, suruh lari keliling padang.haihh, layak ke jadi seorang guru?hm..sabar itu perlu ye fahh~ :) ok.Allah sebaik2 perancang masa hadapan.doa yang terbaik.
jom jadi cikgu !
cuti-isi-3
ada satu kisah..tapi tak sampai hati nak cerita.konklusinya..~
akhlak kita boleh diterjemahkan melalui perbuatan.bukan bersifat dalam bentuk niat sahaja.bukan sekadar cakap2 hebat atas angin.
baik perbuatan, baiklah akhlaknya.buruk perbuatan, buruklah akhlaknya.
tak adil la jika kita bersifat baik, hanya dengan orang2 tertentu saja.dengan orang yang kita tak suka, atau yang berstatus rendah, kita perlekehkan..suara ditinggi2kan.satu soalan, tinggi sangat ke darjat kita di sisi Tuhan sampai kita nak perlakukan hamba2NYA sampai begitu sekali?sama2 muhasabah.hakikatnya, iman dan taqwa itu yang Allah pandang..
ape beza akhlak & perbuatan.bukan ke..akhlak = perbuatan ? pening sudah.asal sedap ayat :)
cuti-isi-4
sempat ziarah kak husna yang baru saja melahirkan anak pertama, Yasir Ibrahim. tahniah atas kehadiran zuriat yang comel.moga Yasir antara tangan2 yang bakal mengubah dunia.
dan kita juga, insyallah
***
dan cuti berakhir.haishhh..bagus jugak.daripada banyak melaghakan diri~lebih baik pening2, sibuk2 dengan kuliah setiap hari.moga hari esok lebih baik daripada hari ini.Rabbuna yusahhil !
*skill penulisan sudah tumpullll~
Saya Gerun ‘Kuasa Mahasiswa’
1 day ago











"saya pon insyallah akan ke sana jugak satu hari nanti, jika diizinkan Allah.optimis!"
Ana pegang kata2 nt. Tiada istilah 'jmpe di sempadan' lg. Jk tak, nnt ana 'patah hati' =)
Insha'allah. Moga jd murobbi sejati ye 'afifah