sejak 11 mac 2009 hingga sekarang, saya masih tak percaya akan apa yang telah berlaku.keputusan STAM ~ Allah Maha Pemurah !
ouh sblm tu, post kali ni agak panjang.lebih kepada pengalaman.
***
masih lagi saya ingat, sebelum saya memohon untuk melanjutkan pelajaran ke DQ, saya pernah terdetik untuk membatalkan saja niat saya ke sana, kerana ketika itu saya sudah pon selesa bergelar pelajar STAM.dengan kawan2nya yang sangat2 baik :) mualim2 yang tak pernah jemu mengajar, melayan karenah.lagi pula Mesir sudah tentu di depan mata.
saya suarakan niat tersebut kepada ayah saya.dan hasilnya?ditolak habis2an.katanya, menghafal alquran itu yang terbaik, tentang STAM pula, ambil saja examnya.buat 2 perkara dalam 1 masa.
buat 2 perkara dalam 1 masa??!fuh, ketika itu saya hanya mampu mengeluh panjang.mana mungkin buat 2 perkara serentak dalam satu masa.sekali lagi saya cuba menyuarakan harapan saya kepada ayah.saya katakan bahawa saya tidak mampu untuk mengambil DQ sekaligus tetap mengambil STAM.dan untuk tidak terus mengalah, saya memberi cadangan kepada ayah : ambil STAM dulu tahun ni, tahun depan baru masuk DQ ~ ketika itu pula di hati saya tetap rancak membuat rancangan : cakap saja macam ni, bila dah dapat result STAM nanti, fly la terus ke Mesir.tak payah masuk DQ ~
tapi ayah seakan dapat membaca isi hati saya..
" tak, ambik je DQ dengan STAM serentak.kakcho(gelaran kakak)boleh je buat serentak.dapat jayyid jiddan lagi. "
=.=' pasrah.
saya tahu ayah mengambil keputusan sebegini rupa terhadap saya kerana kakak sulung saya telah pun berjaya membuktikan kepada keluarga, walaupun dia tidak belajar sepenuh masa STAM, hanya belajar beberapa minggu saja sebelum exam sebenar bermula, dia tetap boleh berjaya.ketika itu dia mengambil DQ, juga mengambil STAM.tapi itu semua atas kehendak dia.kerana dia merasakan dia mampu untuk mengambilnya.tapi bukan saya ! bagi saya, saya tidak mampu untuk menempuh kedua2nya.
andai diberi 2 pilihan, dan salah satunya harus dilepaskan, DQ lah yang akan saya pilih untuk dikorbankan.biarkan saya bergembira di STAM sana ~ tapi itu semua andai diberi pilihan.hakikatnya bukan begitu.
dan akhirnya saya pasrah untuk membuat 2 perkara dalam satu masa, serentak ~ ketika meninggalkan STAM, ya Allah, hanya Allah yang tahu betapa retaknya hati saya.betapa sedihnya saya.betapa kecewanya saya.betapa betapa betapanya saya! tapi perasaan itu semua saya tolak ke tepi.redha Allah pada redha kedua ibu bapa.saya tetap memandang semua ini punya pelbagai hikmah.sukar dicari ketika itu, tapi pasti akhirnya akan saya temui!saya cuba pujuk diri.
***
ketika melangkahkan kaki ke DQ, sejujurnya hati saya kosong.walaupun DQ merupakan destinasi pilihan utama saya selepas SPM, saya tetap merasa kosong.hati saya telah dicuri oleh STAM(macam apa je bunyi).tapi saya gagahkan juga hati.hidup perlu diteruskan.ketika di sana, banyak perkara yang tidak saya senangi.ada itu, saya tak pergi.ada ini, saya abaikan.saya kunci bilik.layan diri sendiri.fikiran saya bukan di situ tapi di tempat lain.malah yang paling teruk, ada riadhah pun tetap saya tak turut serta.walhal saya antara yang aktif ketika di sekolah dahulu.
sehinggakan satu ketika saya telah dikaunselingkan oleh seseorang secara tidak langsung.katanya walau kita tak suka tempat kita dicampakkan sekarang, kita tetap perlu buat yang terbaik!dan banyak lagi kata2 semangatnya, yang hingga kini telah membantu membuka mata saya semula selepas redupnya pengharapan.syukran !
walaupun saya mengambil STAM, satu buku apa pun tidak pernah saya buka untuk dibaca ketika di DQ.sekadar selak2, tapi itu pon tak faham.sesuatu ilmu itu jika dipelajarinya perlu ada gurunya.lagi pula, masa yang ada di DQ saya rasakan cukup2 padat.kerana pada semester yang pertama itulah saya cuba untuk menyesuaikan diri mencari rentak sambil2 memcuba pelbagai teknik menghafal quran, berkejar2 ke kelas, program2 yang terlalu banyak untuk pelajar baru seperti saya dan sebagainya.lalu bila masanya untuk saya belajar secara sendiri pelajaran STAM?
pernah saya cuba membuat latihan STAM ketika di DQ, hasilnya?hampa.kerana saya tidak tahu apa jawapannya, apa sebabnya, apa rasionalnya.lantas saya cuba mencari alumni STAM di DQ.ada yang tahu jawapan, lebih banyak pula yang lepas tangan.lupa katanya.akhirnya saya lebih banyak mendapat futur daripada kata2 semangat.kalau ini lah lagaknya orang yang hendak ambil periksa, buang masa saja ! kalau ambil pun, boleh jadi dapat RASIB !
pernah juga saya terfikir, biarlah saya tinggalkan STAM.untuk apa diambil?buang masa, senang2 dapat sakit kepala.kalau lulus, tak dapat pun pergi Mesir.kalau gagal, tak pasal2 malu yang dapat.jadi untuk apa saya mengambil STAM? kalau ayah saya tidak paksa, boleh saja saya tinggalkan ini semua.tapi sejujurnya, bukanlah kerana sijil itu yang ingin saya gengam atau apa2 saja faktornya.tapi yang menguatkan saya untuk terus mengambil STAM ialah kerana saya RINDUkan kawan2 di sana.saya ingin tetap terus berjumpa dengan mereka.kawan yang baik, mana boleh terus dilupakan.rasa tak puas bila berjumpa.maka, dengan itu saya terus gagahkan diri, bangkit di kala futur asyik2 datang menerjah.disuruh pergi, tak henti2 datang menyakiti.futur oh futur~
***
hari berganti hari.bulan berganti bulan.exam pun makin mendekat.kebetulan pula, exam DQ akan berlangsung selama 2 minggu.kemudian cuti 2 minggu.dan exam STAM akan berlangsung selepas 2 minggu DQ bercuti.juga selama 2 minggu.cuba saya fokuskan dahulu exam DQ sepenuhnya tanpa memikirkan langsung tentang exam STAM yang bakal bertandang tak lama lagi.walaupun dalam hati ni tetap ragu2 adakah boleh saya tempuhi untuk exam yang satu lagi?dengan belajarnya entah tak ada langsung.tiba2 nak ambil examnya?fuh~
sebaik saja habis exam DQ, saya balik ke rumah, tanpa dapat rehat panjang, walaupun ketika itu masa rehat bagi saya selaku pelajar DQ, saya tetap bergegas2 ke Ipoh, Perak.ya, saya perlu bergegas!kerana masa 2 minggu yang ada bukanlah masa yang singkat, bukanlah masa mainan.tapi 2 minggu itu adalah masa penentuan, masa pembunuhan !
sebaik saja sampai ke sana, terus saya dan Aisyah ( rakan seperjuangan.juga mengambil STAM dalam masa yang sama belajar di UIA )membuat rancangan.hari ni pada siangnya belajar subjek ini.pada malamnya belajar subjek itu.esok siangnya subjek lain pulak, malamnya subjek seterusnya.begitulah sehingga 2 minggu.tiada langsung masa rehat.kawan2 yang lain menjadi guru setia kami, tetap meluangkan masa untuk mengajar kami berdua.walhal mereka ketika juga sedang berperang dengan diri dan dengan masa yang ada.dan mereka jugalah yang benar2 akan ke Mesir jika lulus nanti.tetapi tetap mereka luangkan masa untuk kami berdua.serba salahnya kami, tapi itulah yang menguji kesetiaan.huhu.susah senang bersama.dan jasa baik mereka, tetap saya sanjung selamanya!
ketika dalam tempoh belajar yang kritikal itulah juga pernah saya mengalirkan air mata kefuturan.tak pernah seumur hidup saya memaksakan diri belajar seperti ini semua.rasa boleh pecah kepala.mana boleh otak dipaksa masukkan fakta2 yang huish, hebat2 infonya.lantas datang sahabat2 memberi sokongan.sama2 kami berdoa moga terus diberi kekuatan.dan perjuangan itu kami tetap teruskan.pergantungan kepada Allah terus dikuatkan dari semasa ke semasa.kerana pada waktu2 beginilah tawakal kami teruji.
dan exam pun tiba.seingat saya, hanya 2 jam saja sempat saya lelapkan mata.selebihnya masa lebih kepada membuat hafalan2 untuk exam esoknya.dan begitulah hari2 berikutnya.kalau tak tahan sangat penat, tidur hanya 4 jam.itu pun bila bangun dah mula menggeletar, subjek untuk esoknya tak dihafal lagi.pernah satu hari, ketika berjalan menuju ke sekolah tempat saya mengambil exam STAM, bagaikan ringan satu kepala, rasa hendak jatuh.akibat tidak cukup tidur yang berlarutan hari2nya.tapi sekali lagi saya gagahkan diri.
lain pulak masanya ketika di dalam dewan.macam biasalah, ada yang boleh dijawab, ada yang tak.ada yang kenal soalan, ada yang tidak pernah langsung jumpa.ada yang faham, ada yang hentam.dalam dewan, tempat saya di belakang sekali, seronok kerana di situ macam2 gelagat sahabat2 boleh dilihat.dan ketika menjawab jugalah selalu saya berasa sangat2 menyesal kerana mengambil exam STAM.melihat kawan2 yang begitu bersemangat ketika menjawab, saya dapat merasakan inilah satu kekalahan yang sangat besar buat diri saya.dan..ahhh!exam harus dihabiskan!tinggal aku perlu usaha, selebihnya tawakal pada DIA~!
akhirnya exam habis!satu kemerdekaan yang benar2 saya rasai~!
***
seboleh2nya bila ada orang yang bertanya pada saya tentang STAM, saya cuba menjauhkan diri.malah cuba berlari.tak perlulah diingatkan tentang STAM itu lagi, kata saya pada mereka.pada waktu itu, sememangnya result STAM belum dikeluarkan lagi.seharusnya saya optimis!seharusnya saya berdoa!moga2 resultnya baik kelak.tapi sejujurnya, saya tidak benar2 yakin saya akan mendapat yang baik, apatah lagi yang terbaik.kerana saya tahu apa yang saya jawab ketika exam hari tu.entah betul atau tidak.boleh jadi RASIB yang saya dapat!
tapi doa tetap doa.saya kuatkan juga tangan lantas memohon pada DIA yang MAHA Mendengar, moga2 tidak diberi RASIB ataupun MAQBUL.JAYYID pon jadilah~kadang2 saya futur untuk berdoa, lantas mengambil keputusan untuk berdiam diri.bukan tidak percayakan dengan kuasa Ilahi yang boleh merubah segala2nya dengan hanya berdoa, tetapi saya malu.malu untuk meminta sesuatu yang besar, walhal usaha saya tidak lah seberapa.maka saya kuburkan niat untuk berdoa.apa pun keptusan yang akan keluar, pasrah sajalah.buruk2 pon, biarlah~
sampailah hari yang ditunggu2.kawan2 ada mengajak mengambil result di sekolah.terus saya menolak.tak ada langsung kekuatan untuk saya melangkahkan kaki ke situ.lantas saya lebih selesa berdiam diri di rumah, meminta tolong pada kawan untuk tengok2kan result saya nanti.seboleh2nya juga pada hari itu, saya cuba melupakan tentang STAM.senang cerita, pura2 tak tahu result akan keluar pada hari tersebut.macam2 yang dibuat, buka utube, tengok tv.tapi pada masa yang sama terjeling2 juga pada jam, dah pukul 10 pagi atau belum ( pukul 10 amik result )..cuba untuk melupakan tapi tak kan dapat punya.. =.=' ..
ketika menunggu sms daripada sahabat, satu jangka masa yang lama buat saya.gundah gelana, tak duduk diam.sekali lagi saya saya cuba belajar untuk pasrahkan diri.buruk pon, biar je la! tak rasib, maqbul!ok la tuh~ tak optimis langsung ketika itu.bosan2 tak tahu hendak buat apa, lantas saya membuka facebook.pergi sana sini dan tiba2,
pesan rasulullah...
" pohonlah kpd Allah supaya diberi kurniaanNya, kerana sesungguhnya Allah amat suka apabila diminta......" riwayat imam tirmizi
belajar utk redha dgn keputusan Allah dan sentiasa berfikir positif
dan optimis....:)
erk!tersentak saya!saya terbaca kata2 tersebut di salah satu laman.hadis yang mungkin selalu kita dengar tapi sejujurnya apabila membacanya entah kali keberapa, seperti tidak pernah jumpa hadis tersebut!mungkin kerana ketika sedang futur beginilah, apabila dipertemukan dengan kata2 indah ini, tertaa'jub, tiba2 rasa ada satu kekuatan datang menerpa dari pelbagai arah.dan ketika ini jugalah saya seakan mendapat roh baru, roh untuk terus bertawakal tinggi pada DIA, bukan membuta tuli pasrahkan diri macam orang tak percayakan takdir!
termenung saya seketika.berimankah aku jika sekadar pandai berkata2 tapi tidak benar2 percayakan DIA dalam jiwa?seharusnya saya berdoa moga dapat yang terbaik.jika teruk, tak apalah.ada hikmah.baik pun, masih ada hikmah.cuma kita yang perlu pandai mencari hikmah tersebut.anggap ini semua satu ujian untuk uji keimanan!
perlahan2 saya meninggalkan semua pesona dunia ini sebentar (pc, tv).terus mengambil wudhuk, solat 2 rakaat dilakukan.kemudian, doa dengan penuh penyesalan dan pengharapan.penyesalan kerana ragu2 dengan konsep tawakal yang diajar oleh Ilahi melalui Nabi.berdoa moga ragu2 ini ragu2 yang terakhir kalinya dalam hidup.dan terus berdoa dengan pengharapan.biarlah result itu nanti, batu loncatan untuk terus bersemangat mengislah diri membantu umat.saya terus berdoa sepenuh hati, kerana tahu Rabbku itu Maha Pendengar, tak mungkin disia2kan permintaan hambaNYA~
kali ini jiwa lebih tenang.lebih optimis!terus percayakan DIA.dan lebih mampu tersenyum menunggu result yang bakal tiba.
setelah sekian lama, dipendekkan cerita, akhirnya saya sendiri cuba menelefon kawan saya di sana.daripada nada suaranya seakan gembira, saya mula bertanya apakah resultnya.bagitahu saja, saya bersedia, kata hati.
" nt dapat jayyid jiddan! "
hah??!!tak percaya.cuba dapatkan lagi kepastian.sahabat saya mentaukidkan lagi, jayyid jiddan yang saya perolehi.dan...sememangnya saya tidak langsung percaya hingga kini!paling tinggi pon yang boleh saya dapat, saya agak hanyalah jayyid.itupon akan saya bersyukur.tapi Allah bagi lebih, sangat2 lebih buat diri ini; jayyid jiddan.gembiranya tak terkata, terus saya panjatkan kesyukuran pada Ilahi.Mengalir deras air mata bila mengenangkan tentang kurnia hebat yang satu ini.Allah tidak pernah melupakan hambaNYA di kala hambaNYA lupa sebentar pada Dia.Sungguh Dia Maha Pemurah, Maha Pendengar dan Maha Memakbulkan.terus sujud syukur dilakukan.rasanya ingin kudakap Ilahi atas kurniaNYA yang satu ini.tapi sebentar, biar di syurga nanti :) amen!
dan tidaklah kejayaan ini tiba melainkan dengan usaha bermati2an ( pertama kali dalam hidup usaha bagai nk rakk.kalau SPM still buat tak kesah, biasa2 saja )dan doa yang sepatutnya berterusan.entah kenapa selama 2 tahun kebelakangan ini, selalu tawakal saya diuji.lantas sejuta penghargaan kepada sahabat STAM khususnya yang tidak pernah jemu2 memberi semangat, kata2 indah dilontarkan.terima kasih.moga Allah yang membalasnya.moga hikmah tawakal dalam episod kali ini menjadi satu teguran Tuhan buat saya khususnya agar jangan pernah ragu2 dan sentiasa optimis dalam meminta dan berserah diri kepadaNYA.bukankah kalau tidak di dunia diperkenankan, di syurga itu pasti?dan kepada ayah, syukurlah kerana terus memaksa saya mengambil STAM walaupun pada awalnya perkataan tak mampu selalu dilontarkan.syukran ya abi :) umi pun~ buat mualim2, moga terus lahirkan bakal daie agen perubahan umat kini.
dan sudah pasti nikmat yang saya perolehi ini, merupakan satu ujian besar.moga tidak riak, moga tidak bongkak, moga terus berserah tidak mengalah!dan satu pelajaran baru telah saya perolehi.alhamdulillah.moga kejayaan dapat dimanfaatkan utk islam.insyallah~
" 'afifah, apa yang Allah nak tunjuk kat sini? " soal sahabat saya
" apa? "
" Allah sebaik2 penolong kan "
tersenyum syukur.Allah itu tetap Tuhanku!
untuk terakhir kali...tawakal itu perlu!
Tuesday, March 23, 2010
perjalanan itu payah
Posted by
|makhlukDIA|
Tuesday, March 23, 2010
- wany March 24, 2010 7:54 PM
-
ya 'afifah!
woah.bestnye...
nervous bce bnde ni.heee.
alhamdulillah~tahniah ye..
mcm bg smgat jua kat diri ini~ thanks.heee
smge mndapat yg terbaik di mana jua.ameen~ - |makhlukDIA| March 24, 2010 9:32 PM
-
kak atiqah - jumpe di barisan hadapan nanti :) amen !
wany - amen2.thx wany~nt juga.rabbuna yusahhil - du'at in process March 25, 2010 7:23 PM
-
'affa.. ana ternanti-nanti post nt psl tawakal..hehe
nak blaja niee~~
=) - |makhlukDIA| March 25, 2010 8:13 PM
-
post yg ni ada kaitan dgn tawakal jugak~
ingat mmg nk buat khas tp x jd.cube selit2kn konsep tu kat post kali ni
9
comments:
About Me
- |makhlukDIA|
- 'afifah. alaminKLumpur[98-03] alaminGombak[04-08] hidayahIpoh[stam-09] darulquranSelangor[09-12].cuba hidup sebaiknya.
Variasi
kadang2 ana guna saya.kadang2 saya guna ana.boleh jadi penulis juga.variasi.tak ketinggalan, aku(mungkin).rancakkan penggunaan.ikut kesesuaian.
tetap | makhlukDIA | ~
tetap | makhlukDIA | ~
Berblog?
SATU pengalaman
SATU perkongsian
SATU peringatan
.....yang pasti.....
bukan diari kehidupan
untuk dijadikan tatapan
"ALLAH..permudahkan"
SATU perkongsian
SATU peringatan
.....yang pasti.....
bukan diari kehidupan
untuk dijadikan tatapan
"ALLAH..permudahkan"
Usha-Usha
-
-
Saya Gerun ‘Kuasa Mahasiswa’1 day ago
-
-
Assalamualaikum sahabat...5 months ago
-
Perfect Look With Vintage Sunglasses7 months ago
-
Novel Takdir: Cheritera 101 year ago
-
-
Mati Sebelum Meninggal2 years ago
-
-
-
-
Murabbi~
-
-
-
Ini bukan urusan aku….!5 days ago
-
Hanya Tiga Pilihan.4 weeks ago
-
Darul Quran
-
-
-
the value : I learned1 month ago
-
Ikhtilat..6 months ago
-
-
WILDAN Setia Seorang Isteri11 months ago
-
BURN QURAN DAY!! 11 September 20101 year ago
-
STAM 09~
-
Mengasah Bakat1 week ago
-
Juzuk ke-21 week ago
-
Menghargai Nikmat1 month ago
-
-
20 Tahun dalam Kenangan6 months ago
-
ikhlas itu rahsia.6 months ago
-
Cerpen Islami!1 year ago
-
Terkini1 year ago
-
Bila hilang haus dari dada1 year ago
-
sekadar pandangan2 years ago
-
Mentor
-
-
-
-
Gigi5 months ago
-
Bila kita Cuti?8 months ago
-
Caliph14
-
now2 days ago
-
-
oiii..tak lama lagi oi..6 months ago
-
tkde keje :P7 months ago
-
-
Rezeki Ramadhan?1 year ago
-
WALIMATUL URUS1 year ago
-
-
Senioritas~
-
Niat22 hours ago
-
Sujud1 week ago
-
Untitled..;p1 week ago
-
sensitivity3 weeks ago
-
FILEM KITA ATAU SKRIP MASYARAKAT2 months ago
-
Goodbye.3 months ago
-
Moga Al-Quran terus bertakhta di hatiku6 months ago
-
j.u.a.n.g8 months ago
-
tukar9 months ago
-
-
goodbye1 year ago
Juniorinas~
-
final sem 219 hours ago
-
shy to be shy3 weeks ago
-
biasa1 month ago
-
SPEECHLESS SUNDAY5 months ago
-
-
Pindah2 years ago
-










mashaAllah.
bestnya pglmn ni.
belajar tawakal n pengharapan balik from a life experience.
huhu inilah yg hebat, masyaAllah.
wp kita ambik bidang yg bbeza, di tmpt yg bbeza, tp matlamatnye sama iA.
:)